- By A. Samad Said

Cinta Fansuri

  • Title: Cinta Fansuri
  • Author: A. Samad Said
  • ISBN: 9789834119690
  • Page: 276
  • Format: None
  • Cinta Fansuri Jarang jarang berlaku percintaan seganjil ini Bermula di bengkel seni di Malaysia dalam pedih perpisahan di Singapura gelora resah kehidupan di Perancis Cinta Fansuri menghantar sebuah kisah cinta

    Jarang jarang berlaku percintaan seganjil ini.Bermula di bengkel seni di Malaysia, dalam pedih perpisahan di Singapura, gelora resah kehidupan di Perancis, Cinta Fansuri menghantar sebuah kisah cinta yang sangat aneh, menyentuh dan falsafi.Mengapakah Fahiyaton yang bersumpah akan bersama kekasihnya, Fansuri, tiba tiba mengahwini seorang tuan punya ladang lada hitam Dan meJarang jarang berlaku percintaan seganjil ini.Bermula di bengkel seni di Malaysia, dalam pedih perpisahan di Singapura, gelora resah kehidupan di Perancis, Cinta Fansuri menghantar sebuah kisah cinta yang sangat aneh, menyentuh dan falsafi.Mengapakah Fahiyaton yang bersumpah akan bersama kekasihnya, Fansuri, tiba tiba mengahwini seorang tuan punya ladang lada hitam Dan mengapakah setelah menjadi janda, Fahiyaton mengahwini pula pak cik arwah suaminya Mengapakah Fansuri kemudiannya menolak Fahiyaton selepas bekas kekasihnya itu diceraikan suami keduanya Dan mengapakah setelah luka hati mereka sembuh tiga tahun kemudian, sekali lagi Fahiyaton menolak Fansuri Demikianlah pada suatu subuh dalam kuyup hujan di atas dek sebuah kapal, Fansuri bersumpah untuk tidak mengenal lagi seorang wanita bernama Fahiyaton.

    1 thought on “Cinta Fansuri

    1. Cinta FansuriNaskhah yang saya baca ini merupakan edisi santai terbitan Wira Bukit Sdn Bhd, cetakan kedua tahun 2008. Saya menyatakan rumah penerbitan dan tahun cetakan kerana saya difahamkan Cinta Fansuri mempunyai banyak versi, kulit keras dan kulit lembut, daripada pelbagai rumah penerbitan. Hal ini menunjukkan Cinta Fansuri adalah sebuah naskhah dalam kelas tersendiri, dihargai dan disanjung oleh ramai pihak. Cabaran Bacaan 32 anjuran Buku Jalanan Titi kali ini benar-benar menepati maksud [...]

    2. Sukar mengikuti karya ini jika dibaca sambil lalu seperti novel biasa yang lain. Ianya sarat dengan cetusan rasa watak rekaan Pak Samad, setiap naratif amat berkait rapat dengan latar belakang watak-watak tersebut. Penuh falsafah, penuh cadangan buku yang nampaknya cuba diketengahkan oleh Pak Samad untuk turut dibaca oleh pembaca sekalian dan turut merakam pop culture kontemporari sewaktu novel ini dikarang iaitu awal 90-an selepas Iraq menawan Kuwait. Cuba cari bagaimana nama Awie telah diabadi [...]

    3. Membaca karya A.Samad Said, karya mantan sasterawan negara merupakan sesuatu yang baru dan menyeronokkan bagi saya.Jalan ceritanya unik dengan latar belakangnya yang juga unik. Begitu juga dengan pemilihan nama-nama watak, rasanya seperti bukan membaca karya dari Malaysia. Haha. Lagi satu, sejurus membaca karya ini, saya jadi terikut-ikutan berminat dengan antropologi. Mungkin boleh dimasukkan minat ini dalam impian no.4 hoho.Cumanya salah satu perkara saja yang menjadi teka-teki. Penamatnya mem [...]

    4. cerita ini sangat sukar dihadam memerlukan pemahaman yang baikah, penulisnya pun sasterawan negara kita mungkin kerna itu, bahasanya sangat tinggimbacanya di kala umur 17, memang sangat mencabar minda dan pemahaman

    5. susah untuk dimengertikan maksud sebenar, atau laras yang diperlukan untuk memahami mesej penulis. Apa pun, harapnya pencerahan akan datang selepas perenungan dan diskusi lanjut dengan mereka yang lebih memahami.

    6. I am challenging myself to read Malay fiction by reading this book. Initially, it was quite a strenuous task reading this book as the character's name sounds a bit foreign to me though most of them are in Sarawak/Sabah.

    7. Saya harus mengakui bahawa saya tamatkan pembacaan buku ini tanpa memahami sepenuhnya maksus penulis. Aduhai, tak tercapai akal saya memahami falsafah cerita di sebalik cerita yang disampaikan.Mungkin sebab saya membacanya berperingkat-peringkat, jadi kurang penghayatannya.

    8. Begitu banyak peristwa yang tidak terhuraikan di dalam buku ini. Mungkin sengaja A Samad Said biarkan begitu agar pengakhirannya dapat diterka-terka sendiri oleh pembaca. Satu bacaan yang bagus dengan gaya penulisan yang amat menarik.

    9. Langit keruh, aku terpengaruh. Buku seperti ini aku kategorikan sebagai buku yang perlu dibaca berulang kali baru dapat apa yang disampaikan penulis. Dengan sekali pembacaan, sampai ke penghujung, aku yakin kau tetap akan sesat barat tanpa arah tuju. Watak yang banyak. Jalan cerita yang melompat-lompat. Sememangnya memerlukan tahap fokus yang tinggi. Mungkin pemilihan bahan bacaan yang salah pada waktu yang salah barangkali. Dilarang membaca buku ini ketika di dalam dilema. Sekian.

    10. Penulisan yang sangat baik dan bagi penggemar bahasa yang baik, inilah buku yang bagus untuk dibaca. Bagi mereka yang gemar membaca buku yang berbahasa pasar dan bahasa kurang adab, ini bukanlah buku untuk mereka.

    11. "Cinta mempunyai wajah dan hati yang aneh."Cinta memang aneh. Bermula dengan satu bengkel, Damri jatuh cinta dengan Wan Siriyah lalu bersetuju meninggalkan bengkel di Keningau untuk ke negara Peranchis mencari Fansuri untuk makciknya, Fahiyaton yang sedang sakit.

    12. Bahasa yang terlalu tinggi. Sangat mengambil masa untuk habiskan setiap bab yang ada. Beberapa kali aku terpaksa ulang dan ulang supaya dapat paham betul macam mana watak dikendalikan.

    13. Tidak pasti Pak Samad menulis novel pendek ini untuk bercerita seperti kebiasaan, atau sekadar menguji kehebatan bahasanya.

    14. Kesungguhan dan tahap fokus yang tinggi diperlukan untuk menghabiskan buku ini. Langit keruh, aku terpengaruh? :)

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *